Monday 10 June 2013

ISU KSSR

Soalan Lazim KSSR

1.
Mengapakah KSSR diperkenalkan? 
Jawapan : 

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
2.
Apakah maksud Kurikulum Standard?
Jawapan : 

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: 

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
3.
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? 
Jawapan : 
KSSR
KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: 
• Komunikasi 
• Kerohanian, Sikap & Nilai 
• Kemanusiaan 
• Perkembangan Fizikal & Estetika 
• Sains dan Teknologi 
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: 
• Komunikasi 
• Manusia dan Alam Kelilingnya 
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum: 
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum: 
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum: 
• Modular
Reka bentuk kurikulum: 
• Linear
Organisasi Kurikulum: 
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3) 
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif 

Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6) 
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum: 
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan  
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) 
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus: 
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus: 
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
4.
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan : 

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
5.
Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? 
Jawapan : 

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
6.
Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Jawapan : 
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
7.
Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? 
Jawapan : Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
8.
Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan : 
KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
9.
Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? 
Jawapan : Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
10.
Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan : 
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
11.
Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? 
Jawapan : 
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
12.
Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan : 
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
13.
Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan : 
Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan  secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
14.
Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
Jawapan : Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.
15
Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan : 
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16
Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan : 
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17.
Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan : 
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18.
Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan : 
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.  Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu: 

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki 
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital 
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
19.
Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan : 
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
20
Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan : 
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
21
Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan : 
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22
Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan : 
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23
Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan : 
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24
Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan : Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


ISU PENDIDIKAN : KSSR KURANGKAN TEKANAN PEPERIKSAAN, BINA MODAL INSAN BERKESAN



Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global.  KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.  Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.  Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.

Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.  Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.



Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.  Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.  Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.  Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.  Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.  Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. “Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.

“Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali,” katanya. Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya.  Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.



Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. “Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi,” katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid.  Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.

SUMBER
BERITA HARIAN

31 JANUARI 2011

Friday 7 June 2013

KSSR

Apa itu Kssr?

KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju

_________________________________________________________________________________

Berikut adalah kandungan dalam taklimat KSSR yang diedarkan kepada sekolah-sekolah
untuk dikongsi bersama ibu bapa.


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :
  • ·         Pembangunan modal insan
  • ·         Penghasilan pelajar celik minda
  • ·         Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
  • ·         Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

 2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

  • ·         Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
  • ·         Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai



3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
  • ·         Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
  • ·         Berasaskan Prinsip KBSR:
  • ·         Pendekatan bersepadu
  • ·         Perkembangan individu secara menyeluruh
  • ·         Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
  • ·         Pendidikan seumur hidup


BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi
  • ·         Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi


Sains & Teknologi
  • ·         Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
  • ·         Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
  • ·         Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi


Perkembangan Fizikal & Estetika
  • ·         Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
  • ·         Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi


Kerohanian, Sikap & Nilai
  • ·         Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai


Kemanusiaan
  • ·         Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
  • ·         Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan


Keterampilan Diri
·         Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

  • ·         Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
  • ·         Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • ·         Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.



Mengapa Standard?
  • ·         Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
  • ·         Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
  • ·         Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
  • ·         Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
  • ·         Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .


Untuk keterangan lanjut, ibubapa boleh melayari web rasmi Bahagian pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my/bpk/
 

Definisi ulul albab boleh diperoleh dari http://www.ikim.gov.my/.

Tuesday 28 May 2013

SELAMAT HARI GURU...

Selamat hari guru. Jasamu dikenang sepanjang kehidupan....

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad




Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti

Dengan cara sendiri

Sunday 26 May 2013

TUGASAN EPIC SEM MEI 2013

KOD KURSUS   : HBEF3503
TAJUK KURSUS  : PENDIDIKAN INKLUSIF
SEMESTER : JANUARY 2013


SOALAN TUGASAN

Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran
bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan
sebagai murid berkeperluan khas. Di negara ini, murid-murid berkeperluan khas diberi
peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen
persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau
program pendidikan inklusif.

Program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana yang mengintegrasikan satu
hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun hanya segelintir
murid berkeperluan khas mengikuti program pendidikan inklusif.

Mengapakah perkara  sedemikian berlaku? Adakah kerana sekolah arus perdana
kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif? Atau ibu bapa sendiri enggan
memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak berkeperluan khas?

Berdasarkan pernyataan di atas, anda perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut.

Aktiviti 1:

Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan
inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang
perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-portfolio.

E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada
aspek-aspek berikut:

Senario terkini berkaitan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di negara ini
yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan,
Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan
program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan
kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program
pendidikan inklusif di sekolah anda,

Keperluan logistik yang sedia ada atau yang diperlukan di sekolah anda seperti
tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih, kemudahan/peralatan, atau
keperluan-keperluan lain,
Sokongan yang diberikan oleh institusi-institusi/ organisasi-organisasi
kerajaan/bukan kerajaan kepada program pendidikan inklusif di sekolah arus
perdana.



Aktiviti 2:


Andaikan cadangan anda telah diterima oleh pihak pentadbiran sekolah dan anda
diberikan tanggungjawab untuk merangka satu program pendidikan inklusif yang
berkesan dan berkualiti. Sebagai tindakan awal dalam merangka program tersebut,
anda merancang untuk melakukan satu kajian kes melibatkan murid berkeperluan khas
di sekolah anda.

Untuk melaksanakan kajian kes ini, anda perlu:

• mengenal pasti seorang murid berkeperluan khas,
• melaporkan maklumat terperinci latar belakang murid tersebut,
• mengenal pasti program pendidikan inklusif yang bersesuaian untuk murid tersebut sekiranya murid ini belum mengikuti mana-mana program; ataupun
• mencadangkan penambahbaikan bagi program pendidikan inklusif yang sedia ada,
• melaksanakan program pendidikan inklusif/penambahbaikan kepada murid tersebut selama 2 bulan.
• melaporkan hasil kajian kes yang telah dijalankan



Aktiviti 3:

Anda perlu membuat refleksi ke atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2.  Penulisan refleksi
anda haruslah merangkumi perkara-perkara berikut:

• kesediaan sekolah untuk melaksanakan program pendidikan inklusif yang meluas,
• impak kepada diri anda sebagai seorang guru apabila telah menjalankan kajian kes ke atas seorang murid berkeperluan khas,
• hasil daripada mengikuti kursus ini, adakah anda yakin untuk melaksanakan program pendidikan inklusif di dalam bilik darjah/sekolah anda,

• lain-lain perkara yang berkaitan.