KOD KURSUS : HBEF3503
TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF
SEMESTER : JANUARY 2013
SOALAN TUGASAN
Murid yang mempunyai masalah
penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran
bertutur, masalah pembelajaran
adalah antara mereka yang boleh dikategorikan
sebagai murid berkeperluan khas.
Di negara ini, murid-murid berkeperluan khas diberi
peluang untuk menerima pendidikan
dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen
persekolahan iaitu sekolah
pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau
program pendidikan inklusif.
Program pendidikan inklusif di
sekolah arus perdana yang mengintegrasikan satu
hingga lima murid berkeperluan
khas dalam kelas arus perdana. Namun hanya segelintir
murid berkeperluan khas mengikuti
program pendidikan inklusif.
Mengapakah perkara sedemikian berlaku? Adakah kerana sekolah
arus perdana
kurang bersedia untuk
melaksanakan pendidikan inklusif? Atau ibu bapa sendiri enggan
memilih pendidikan inklusif untuk
anak-anak berkeperluan khas?
Berdasarkan pernyataan di atas, anda
perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut.
Aktiviti 1:
Anda ingin mencadangkan kepada
pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan
inklusif dilaksanakan dengan
lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang
perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam
bentuk e-portfolio.
E-portfolio anda perlulah
didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada
aspek-aspek berikut:
Senario terkini berkaitan
pendidikan bagi murid berkeperluan khas di negara ini
yang dilaksanakan oleh organisasi
kerajaan dan bukan kerajaan,
Polisi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan
program pendidikan inklusif di
sekolah arus perdana dengan berpandukan
kepada Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
Maklumat terperinci murid
berkeperluan khas yang perlu mengikuti program
pendidikan inklusif di sekolah
anda,
Keperluan logistik yang sedia ada
atau yang diperlukan di sekolah anda seperti
tenaga pengajar berpengalaman dan
terlatih, kemudahan/peralatan, atau
keperluan-keperluan lain,
Sokongan yang diberikan oleh
institusi-institusi/ organisasi-organisasi
kerajaan/bukan kerajaan kepada
program pendidikan inklusif di sekolah arus
perdana.
Aktiviti 2:
Andaikan cadangan anda telah
diterima oleh pihak pentadbiran sekolah dan anda
diberikan tanggungjawab untuk
merangka satu program pendidikan inklusif yang
berkesan dan berkualiti. Sebagai
tindakan awal dalam merangka program tersebut,
anda merancang untuk melakukan
satu kajian kes melibatkan murid berkeperluan khas
di sekolah anda.
Untuk melaksanakan kajian kes
ini, anda perlu:
• mengenal pasti seorang murid
berkeperluan khas,
• melaporkan maklumat terperinci
latar belakang murid tersebut,
• mengenal pasti program
pendidikan inklusif yang bersesuaian untuk murid tersebut sekiranya murid ini
belum mengikuti mana-mana program; ataupun
• mencadangkan penambahbaikan
bagi program pendidikan inklusif yang sedia ada,
• melaksanakan program pendidikan
inklusif/penambahbaikan kepada murid tersebut selama 2 bulan.
• melaporkan hasil kajian kes yang
telah dijalankan
Aktiviti 3:
Anda perlu membuat refleksi ke
atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2.
Penulisan refleksi
anda haruslah merangkumi
perkara-perkara berikut:
• kesediaan sekolah untuk
melaksanakan program pendidikan inklusif yang meluas,
• impak kepada diri anda sebagai
seorang guru apabila telah menjalankan kajian kes ke atas seorang murid
berkeperluan khas,
• hasil daripada mengikuti kursus
ini, adakah anda yakin untuk melaksanakan program pendidikan inklusif di
dalam bilik darjah/sekolah anda,
• lain-lain perkara yang
berkaitan.