Sunday 26 May 2013

TUGASAN EPIC SEM MEI 2013

KOD KURSUS   : HBEF3503
TAJUK KURSUS  : PENDIDIKAN INKLUSIF
SEMESTER : JANUARY 2013


SOALAN TUGASAN

Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran
bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan
sebagai murid berkeperluan khas. Di negara ini, murid-murid berkeperluan khas diberi
peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen
persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau
program pendidikan inklusif.

Program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana yang mengintegrasikan satu
hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun hanya segelintir
murid berkeperluan khas mengikuti program pendidikan inklusif.

Mengapakah perkara  sedemikian berlaku? Adakah kerana sekolah arus perdana
kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif? Atau ibu bapa sendiri enggan
memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak berkeperluan khas?

Berdasarkan pernyataan di atas, anda perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut.

Aktiviti 1:

Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan
inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang
perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-portfolio.

E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada
aspek-aspek berikut:

Senario terkini berkaitan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di negara ini
yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan,
Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan
program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan
kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program
pendidikan inklusif di sekolah anda,

Keperluan logistik yang sedia ada atau yang diperlukan di sekolah anda seperti
tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih, kemudahan/peralatan, atau
keperluan-keperluan lain,
Sokongan yang diberikan oleh institusi-institusi/ organisasi-organisasi
kerajaan/bukan kerajaan kepada program pendidikan inklusif di sekolah arus
perdana.



Aktiviti 2:


Andaikan cadangan anda telah diterima oleh pihak pentadbiran sekolah dan anda
diberikan tanggungjawab untuk merangka satu program pendidikan inklusif yang
berkesan dan berkualiti. Sebagai tindakan awal dalam merangka program tersebut,
anda merancang untuk melakukan satu kajian kes melibatkan murid berkeperluan khas
di sekolah anda.

Untuk melaksanakan kajian kes ini, anda perlu:

• mengenal pasti seorang murid berkeperluan khas,
• melaporkan maklumat terperinci latar belakang murid tersebut,
• mengenal pasti program pendidikan inklusif yang bersesuaian untuk murid tersebut sekiranya murid ini belum mengikuti mana-mana program; ataupun
• mencadangkan penambahbaikan bagi program pendidikan inklusif yang sedia ada,
• melaksanakan program pendidikan inklusif/penambahbaikan kepada murid tersebut selama 2 bulan.
• melaporkan hasil kajian kes yang telah dijalankan



Aktiviti 3:

Anda perlu membuat refleksi ke atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2.  Penulisan refleksi
anda haruslah merangkumi perkara-perkara berikut:

• kesediaan sekolah untuk melaksanakan program pendidikan inklusif yang meluas,
• impak kepada diri anda sebagai seorang guru apabila telah menjalankan kajian kes ke atas seorang murid berkeperluan khas,
• hasil daripada mengikuti kursus ini, adakah anda yakin untuk melaksanakan program pendidikan inklusif di dalam bilik darjah/sekolah anda,

• lain-lain perkara yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment